Wednesday, 12 October 2011

Sejadah Kayu Gaharu Asli Bersulam Songket Buatan Tangan

SEJADAH KAYU GAHARU ASLI BERSULAM SONGKET
: BUATAN TANGAN :
(diadaptasikan daripada sejadah yang digunakan pada era zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka)


Aroma Wangian yang berpanjangan dan kualiti yang terjamin..

HARGA : RM 130.00 (termasuk penghantaran)

SEKIRANYA BERMINAT, SILA DEPOSIT RM 130.00 KE AKAUN,

MAYBANK - 112269110341 
Mohd Faizee Azwar

selepas bank in, sms butiran :
<nama><RM><cawangan bank><masa&tarikh><alamat> ke 0173465426






  (klik pada gambar untuk lebih jelas)


Sejarah ia dijadikan Sejadah.
"Terdapat catatan di dalam Log Pengembara yang ditulis oleh Sheikh Al-Kiyai (peninjau yang dihantar oleh Khalifah di Timur Tengah ke Melaka untuk melaporkan kepada Khalifah apa yang terjadi kepada Islam setelah Portugis menawan Melaka).

Di dalam log beliau itu ada dicatatkan bahawa beliau menggunakan sejadah yang beliau hasilkan sendiri daripada serat pohon Gaharu yang bernama "Sajadah U'rukul U'd" lantaran terdapat banyaknya pohon Gaharu di sekitar kawasan beliau berteratak di Tasik Hulu Melaka pada tahun masihi 1573."

Bauan daripada Kayu Gaharu ini turut mampu melancarkan sistem pernafasan serta mampu merawat penyakit Resdung dan Asma. Serat pohon Gaharu ditenun pada sejadah ini menggunakan benang Jut agar ia turut juga menjadi pengurut kepada tapak kaki, lutut, tapak tangan serta dahi anda.

Kini ia dihasilkan semula agar warisan ini terus terpelihara dan pengguna dapat menikmati cara pemakaian sejadah seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka.



T-shirt Kembara Bani Ta Mim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, hamba kini dapat menghasilkan satu lagi produk terbaru untuk Toko Alam Maya Saudagar Tekua iaitu T-Shirt Hitam Kembara Bani Ta Mim.

Tujuan hamba menghasilkan baju ini adalah untuk memberi sentuhan semangat secara zahir serta memberi pengenalan kepada orang ramai apakah yang tersirat di sebalik perkataan Bani Ta Mim.

Kebangkitan Pemuda Bani Ta Mim seperti mana yang pernah hamba ceritakan sebelum ini adalah tidak jauh daripada kita semua.. Semakin hari semakin hampir dan semakin dekat dengan kemunculannya.

Daripada Ibnu Majah, Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tidak akan muncul al-mahadi sehingga bangkitnya Pasukan Panji-panji Hitam Dari Timur yang mana pasukan ini tidak pernah tewas dengan mana-mana pasukan sekali pun."

Secara ringkasnya, hamba kupaskan yang tersirat di sebalik perkataan Bani Ta Mim.

Bani = Keturunan
Ta = huruf Ta yang membawa maksud Tanah / Tentera
Mim = huruf Mim yang membawa maksud Melayu / Mahadi

Bani Tamim = Keturunan Tanah Melayu / Keturunan Tentera Mahadi

yakinlah dengan jaminan yang Rasulullah berikan kepada Bangsa Melayu ini seperti mana pernah Rasulullah SAW menepuk di belakang Salman Al-Farisi dan berkata "keturunan inilah yang bakal menegakkan panji-panjiku di akhir zaman."

Sesungguhnya Melayu itu berasal daripada bangsa Parsi seperti yang pernah hamba ceritakan sebelum ini.

Buat anak bangsaku sekalian, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan daripada kalangan bangsa Melayu yang terkenal dengan ketinggian sahsiah budaya dan adab kesopanan berbahasanya. Dada Melayu itu 7 hasta luasnya. itulah kata-kata yang besar makna tersiratnya untuk kita rungkaikan. "Kalau menuntut biarlah sampai penuh ilmu di dada." 7 hasta itu sama ertinya ketinggian 7 martabat nafsunya, 7 petala langit merujuk kepada ketinggian ketamadunannya, dan 7 lautan yang merujuk kepada betapa luasnya keilmuan yang diwarisi oleh bangsa Melayu.

Bersyukurlah dan bertekadlah untuk menjadi Melayu yang sejati yang selaras dengan tuntutan beragamanya.

Moga-moga dengan penghasilan Baju Kembara Bani Ta Mim ini bakal membuka mata semua anak Melayu yang sudah lama tersasar jauh dan menjadi tanda tanya tentang kerahsiaannya.


HARGA : RM 30.00
SAIZ : S, M, L, XL, XXL, XXL
WARNA : Hitam

KEPADA YANG BERMINAT, SILA BUAT TEMPAHAN SEMENTARA KOLEKSI TERHAD INI MASIH ADA.

Sila depositkan RM 30.00 ke akaun,

MAYBANK - 112269110341
MOHD FAIZEE AZWAR

selepas bank in, sms butiran :
<nama><RM><cawangan bank><masa&tarikh><saiz><alamat> ke 0173465426

tambahan RM10 untuk penghantaran

Wednesday, 28 September 2011

Cara Menyukat Ukuran Badan Untuk Tempahan Tekua

Assalamualaikum . Salam Juang Kasih hamba sembahkan pada sekalian pengunjung Toko Saudagar Tekua. 

Ramai yang menghubungi hamba dan bertanyakan berkenaan saiz Sepersalinan Set Tekua. Ingin hamba maklumkan di sini, buat masa ini, hamba tidak menyediakan stok sedia ada dan tiada saiz yang tetap kerana hamba hanya akan mengeluarkan tempahan mengikut permintaan. Berkenaan dengan saiz / sukatan saiz, di sini hamba sediakan panduan untuk kalian semua bagaimana untuk menyukat saiz Tekua sebelum membuat tempahan.

SUKATAN A
SUKATAN A ini adalah untuk menyukat ukuran lebar bahu kalian (untuk Tekua & Baju).
Letakkan pita pengukur pada hujung bahu kanan ke kiri, dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN B
SUKATAN B adalah untuk menyukat ukuran lilit dada kalian (untuk Tekua & Baju).
Lilitkan pita pengukur di keliling dada dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN C
SUKATAN C adalah untuk menyukat ukuran pinggang Seluar Mengan.
Lilitkan pita pengukur di keliling pinggang anda dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN D
SUKATAN D adalah untuk menyukat ukuran labuh Tekua.
Letakkan hujung pita pengukur daripada tengkuk (bahagian kolar) tarik hingga ke hujung Sulbi (Tulang Pinggul). Sebaiknya ukuran ini disukat dalam keadaan duduk bersila dan tegakkan badan anda serta sukatkan dari tengkuk hingga ke lantai dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI).


SUKATAN E
SUKATAN E adalah untuk menyukat labuh Baju.
Letakkan pita pengukur di tengkuk dan tarik hingga ke bawah punggung dan bacakan ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN F
SUKATAN F adalah untuk menyukat labuh lengan Tekua.
Letakkan pita pengukur dari hujung bahu hingga ke bawah siku (3/4 lengan atau sejengkal dari pergelangan tangan) dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN G
SUKATAN G adalah untuk menyukat labuh Seluar Mengan.
Tarik pita pengukur dari pinggang hingga ke buku lali ATAU sejengkal daripada buku lali dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SETERUSNYA
SMS <nama><sukatan ukuran> ke 0173465426

contoh :
RADEN DAMAK A18 B36 C33 D24 E27 F15 G38

Saturday, 24 September 2011

Kursus Seni-Beladiri Penchak Pukulan 13

KURSUS SENI PERTAHANAN DIRI PENCHAK PUKULAN 13
PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA MUSLIMIN / MUSLIMAH

::: TIADA PANTANG LARANG DALAM MENUNTUT ILMU :::

Penyebar Risalah Panji Warisan

"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"


KURSUS SENI BELADIRI PENCAK PUKULAN 13

"Menepis Patah, Memukul Pecah"

Penyertaan terbuka kepada Lelaki & Perempuan.
Tempat Adalah Terhad...

Tarikh : 29-30 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Sg Chongkak, Hulu Langat, Selangor
Bayaran : RM 180 (Termasuk Makan, Minum, Buku, Cenderahati & Sijil)
Tarikh Tutup Penyertaan : 23 Oktober 2011
http://www.pukulan13.blogspot.com/

YANG KAMI KONGSIKAN
* Buah 9
* Tapak 4
* 3 Buah Patah 
* Latihan Pemberat Penderas Pukulan
* Senaman Melayu Tua
* - Kelas Melayu / Melayu & Rahsianya.
- Hang Tuah & Hang Jebat tidak pernah bertikam.
- 5 Hulubalang Melaka Tulin berbangsa Melayu!
- Melayu bukan hindu.
- Senjata api buatan Orang Melayu 500 tahun dahulu.
- Kisah & Sejarah Bangsa Melayu disebalik wang kertas Satu Ringgit
* Istiadat Mandi Keris & keRAHSIAan Melayu
* Kelas Ikhtiar Hidup
* Pakaian / Perisai Diri
* Tempat Berteduh
* Makan & Minum
* Sijil / Cenderamata

SEKIRANYA BERMINAT, Sila Bank in kedalam akaun 
( Maybank 1121 4811 4103 atas nama : Hazriansyah )

Sila SMS <butiran transaksi> <nama penuh> <no k/p> <alamat> <no. telefon> & <pekerjaan>
* anda akan diberikan nombor rujukan pendaftaran selepas transaksi disahkan.

Penyertaan adalah dibuka bagi Lelaki & Wanita ( Islam )

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 017 259 8151 - Teh Tarik

*********************************************************

Pakaian Semasa Kursus / Pembelajaran

Pakaian Lelaki
1. Songkok
2. Baju Pagoda (Putih) / T-Shirt (Putih)
3. Seluar Silat / Slack Hitam
4. Kain Pelikat
5. Tali Pinggang Haji / Bengkung Merah

Pakaian Wanita
1. Baju Hitam Lengan Panjang @ Pakaian Silat
2. Seluar Silat / Track Hitam
3. Kain Batik
4. Selendang Putih ( Lilit Pinggang )
* Boleh juga sekiranya berpakaian Silat

*********************************************************

Barang-barang yang perlu dibawa :-

- Pesalinan Pakaian Pembelajaran / Kursus
- Pakaian Riadah (utk solat / waktu rehat dan sebagainya)
- Sejadah
- Kelengkapan Sendiri
- Lampu Suluh
- Peralatan utk makan (sudu / cawan )
- Khemah

*********************************************************



"Dan persiapkanlah apa-apa sahaja kekuatan yang kamu sanggupi." 
(Al-anfal:60)

Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi,

“belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”





"Musuh di luar mungkin tidak kita gentar kerana pada ketika berada di luar mungkin kita telah bersedia, tapi yang kita khuatiri musuh di dalam [musuh dalam selimut / guntuing dalam lipatan / haruan makan anak]. siapa sangka jika di dalam rumah kita sendiri juga ada musuh yang bakal menyerang kita? setidak-tidaknya, milikilah apa saja ilmu pertahanan diri kerana diri sendirilah yang lebih mampu menjaga kita."


Thursday, 14 July 2011

Bidalan Melayu Tentang Kecantikan Wanita

Melayu adalah satu bangsa yang penuh dengan kias bahasanya. Setiap bahasanya adalah berprosa kata yang tinggi ataupun dengan kata yang lain meminta untuk bangsanya sendiri cepat memahami rahsia disebalik tutur bicara. Kadang kala yang disampaikan itu lain, yang dimaksudkan pula lain. Itulah Melayu yang kaya dengan nilai bahasanya. Gadis Melayu itu terkenal dengan sopan santunnya serta lemah lembutnya. Berbeza pula dengan para jejaka Melayu, biarpun tutur caranya bersopan santun, merendah diri, dan berlemah lembut tetapi perilaku jejaka Melayu ini ternyata tidak sama dengan tutur bicaranya kerana terkenal dengan kegagahannya.


Perumpamaan Melayu terlalu banyak untuk diceritakan yang mana setiap satu perumpamaan itu nyata memberi makna yang mendalam. Termasuklah perumpamaan yang akan saya bincangkan kali ini yang mana menceritakan tentang kejelitaan gadis gadis Melayu. Mengapa pula kaum hawa ini lebih banyak perumpamaannya berbanding kaum adam? Kerana kaum hawa ini terlalu taksub dengan kejelitaan yang dimilikinya. Ada beberapa andaian mengapa wanita begitu taksub dengan kecantikan. Andaian yang utama adalah mereka menganggap kekuatan wanita itu terletak pada kecantikannya. Jika mereka merasakan diri mereka tidak cantik, maka mereka akan hilang keyakinan diri dan berasa gagal dalam kehidupan mereka. Daripada bahagian rambut, hingga ke hujung kaki, ternyata setiap satunya mempunyai perumpamaan yang menarik.

Perempuan atau wanita diperikan sebagai manusia yang cantik, lembut, sopan, setia, penyayang, pelindung, dan pelbagai peri yang selayaknya. Kewanitaan seorang wanita bukan sahaja terletak pada raut wajahnya, malah tingkah lakunya juga. Melalui bahasa, wanita melantunkan bentuk dan gaya bahasa, nada suara, bahasa tubuh, dan pelahiran raut wajah untuk menyatakan pemikiran dan perasaan yang mempengaruhi perlakuannya. Melalui bahasa juga, wanita membentuk pandangan dunianya dan pandangannya terhadap diri sendiri untuk mencorakkan peranannya di dalam masyarakat. Sementelah, wanita dianugerahkan kuasa bahasa yang cukup istimewa. Bukankah bahasa wanita yang paling dalam dan menjadi senjatanya yang paling berkuasa ialah air mata.




Perumpamaan atau bidalan yang sering dihubungkaitkan dengan wanita adalah
"Rambutmu ikal mayang",
"Hidungmu mancung bak seludang",
"Pipimu bak pauh dilayang",
"Matamu bersinar bak bintang kejora",
"Bibirmu merah bak delima",
"Kulitmu putih kuning bak langsat ranum",
"Dagumu bak lebah bergantung",
"Alisnya lentik berlesung pipit",
"Lehermu jinjang meneguk air berkaca",
"Pipimu tergantung bak ulas bermuda",
"Gigimu tersusun bak sirih disusun",
"Kulitmu putih bak kapas di busur",
"Jarimu menghalus bak kacang bendi",
"Bibirmu bak seulas limau",
"Pinggangmu ramping bak kerengga",
"Betismu bak bunting keladi",
"Tumitmu tidak seperti telur dikupas",
"Sayur menghijau mencelah dada",
"Jalannya melamar cinta",
"Suaranya melempar rindu",
"Berjalannya lenggak itik",

Bidalan di atas, jika diamati dengan mendalam, ianya melambangkan betapa indah bahasa Melayu terhadap kejelitaan Sang Gadis. Tetapi jika kita pandang semula, siapakah yang berperanan penting dalam memperkasakan perumpamaan ini jika bukan Sang Jejaka? Mengapa saya katakan begini, inilah bahasa yang digunakan para jejaka Melayu suatu ketika dahulu untuk menggambarkan kejelitaan para gadis pujaan hati mereka. Maknanya, jejaka Melayu lebih tinggi nilai bahasanya (*,*) .

Setiap perumpaan itu mempunyai maksud yang tersendiri. Saya ada berkenalan dengan seorang pelukis di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan berbicara dengan beliau tentang bidalan Melayu terhadap gadis Melayu. Mengikut kata-kata beliau, Perumpamaan tersebut, jika diekspresikan melalui lukisan, akan menghasilkan satu tubuh gadis yang amat jelita, amat ayu.

Itulah rahsia di sebalik bahasa kita. Jadi,"Sayangi Bahasa, Cintai Budaya" kerana"Bahasa Jiwa Bangsa". Itulah Melayu yang kaya dengan pusakanya.

Apa-apa pun, kejelitaan yang dikurniakan itu adalah pinjaman sementara dan pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula. Jadi, bersyukur dan belajarlah mensyukuri nikmat kurniaanNya. Sememangnya kejelitaan itu adalah anugerah namun bukanlah semua kejelitaan itu adalah untuk tatapan awam. Sebagai muslim, kita perlu menjaga batas-batas pergaulan kita. Menjaga kejelitaan daripada terdedah itu adalah lebih baik. Kejelitaan serta kecantikan itu adalah aurat dan aurat itu adalah maruah diri kita. Jadi peliharalah maruah diri.

Kembara Saudagar Tekua


Mendengar cerita yang dibawa pulang oleh seorang guruku yang bertandang ke Serambi, Astana Raja, membuatkan aku berkobar-kobar untuk meneruskan pengembaraan untuk menyelami sejarah asal usul keturunan bangsa dari akar umbi. Terlalu banyak kehebatan yang diceritakan yang ada pada diri setiap Bani Jawi ini dan apa yang lebih menarik adalah, setiap cerita itu disusuli dengan fakta serta bukti-bukti yang sahih yang menyokong setiap hujah-hujah tersebut. Apa yang pasti, pencarian mengenai rahsia di sebalik huruf Mim itu semakin menemui kemuncaknya.



Zainal Al-Johan, merupakan pengasas Teraju Istiadat Sdn. Bhd. begitu gigih mengumpul artifak-artifak pupus Melayu yang menjadikan bukti yang kukuh bahawa Bangsa Mim itu sudah mencapai taraf kemajuan yang tinggi dari segi teknologi berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Sehingga kini, beliau sudah berjaya mengumpul lebih 200 artifak pupus Melayu yang berusia lebih 1000 tahun. Antaranya ialah,Syiling Dinar Emas zaman Parameswara yang mencecah harga pasaran setinggi RM130 juta dan Lantera milik Laksamana Cheng Ho. Apa yang menarik adalah, kata-kata daripada seorang pejuang Melayu ini, "Jika hamba mahukan kekayaan, sudah lama hamba jualkan harta tinggalan nenek moyang kita semua ni, tetapi bukanlah kekayaan yang hamba inginkan, tetapi hamba ingin memperjuangkan nasib orang Melayu kita."



Dinar Emas Sultan Iskandar Syah


Lantera milik Laksamana Cheng Ho

Jelas sekali, artifak yang paling bernilai yang ada dalam simpanan beliau adalah Keris Tempa Melaka 21 lok yang merupakan keris kesayangan Laksamana Hang Tuah yang dibawa ke mana-mana sahaja. Struktur pembuatan keris ini jelas sekali menunjukkan bahawa Orang Melayu kita sudah sangat maju dari sudut teknologi pembuatan senjata, mana tidaknya jika mata Keris Tempa Melaka ini diperbuat daripada 21 jenis logam yang ditempa oleh seorang Empu Keris yang bernama Sang Guna.


Keris Tempa Melaka

Ketika memegang keris hikmat ini, tiada kata yang dapat ditafsirkan lagi melainkan merasakan semangat seorang pahlawan bangsa yang menyerap ke dalam diri ini. Walaupun keris ini sudah menjangkau usia lebih 600 tahun, namun ianya masih berada dalam keadaan baik. Jika dunia mengatakan senjata tertajam adalah pedang Samurai buatan Jepun yang ditempa dengan menggunakan 12 jenis logam yang dijual pada harga USD350K, maka fakta tersebut jelas sekali tidak boleh menandingi ketajaman serta ketinggian teknologi Orang Melayu dalam pembuatan Keris Tempa Melaka ini.

Bukan itu sahaja, Zainal juga sentiasa membawa meriam tangan milik Laksamana Hang Tuah yang digelarkan Rentaka. 600 tahun lalu orang Melayu sudah jauh lebih maju kerana memiliki meriam tangan dan siapa kata Orang Melayu dulu kala berperang hanya bersenjatakan keris, parang dan tombak? Sejak dahulu lagi Orang Melayu kita sudah mencipta pelbagai jenis senjata api seperti Meriam milik Sultan Muzaffar Syah sepanjang 50 kaki yang dilarikan oleh Portugis yang kini tersadai di Gua, India, Rentaka milik Laksamana Hang Tuah, serta meriam kecil yang digelar Lela.


Rentaka milik Laksamana Hang Tuah

Seharusnya semangat Laksamana Hang Tuah, perlu ada dalam diri setiap bangsa Melayu ini sebagaimana kata-kata termasyhur beliau "Kita orang Melayu jangan berundur walau sejengkal sekalipun. Barang siapa yang berundur akan ku penggal kepalanya dengan Keris Tempa Melaka yang tiga jengkal ini kerana sesungguhnya Bangsa
Melayu bukanlah bangsa yang boleh digertak-gertak."


Sejak di bangku sekolah lagi kita semua sudah ditipu oleh penjajah. Hasil kajian mendapati bahawa, terlampau banyak fakta yang dipinda di dalam buku teks Sejarah di sekolah yang mana isi-isi kandungan di dalam buku teks tersebut jelas nyata telah banyak diputarbelitkan. Kita semua sudah lama ditemberang oleh golongan penjajah yang takut warisan keturunan Melayu
mengetahui bahawa Bangsa Melayu sudah lama lebih maju daripada mereka. Hang Tuah dan Hang Jebat tidak pernah bertikam, tetapi di dalam buku Hikayat Hang Tuah yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan dua Laksamana kita ini bertikam, bodoh benar dua Laksamana kita ini jika mereka bertikam, mereka bukannya budak-budak, mereka adalah Laksamana Empayar Melaka yang mana di bawah mereka mempunyai 22 jajahan takluk. Jika kita perhatikan, buku Hikayat Hang Tuah itu TIADA NAMA PENULISNYA kerana apa? Kerana ianyaditulis oleh Sir Stamford Raffle yang terlalu fasih berbahasa Melayu dan pandai bertulisan Jawi. Dalam buku itu dinyatakan bahawa Hang Jebat mengamuk dan membunuh dayang-dayang di istana dan mengalir banyak darah keluar dari istana, sedangkan Hang Jebat tidak membunuh tetapi hanya menyepak bekas-bekas sisa sireh yang beratus banyaknya itu sehingga mengalir cecair merah keluar dari istana yang merupakan sisa sireh yang dikunyah orang istana. Sedarlah Orang Melayu semua bahawa kita sudah lama ditemberang, buku Hikayat Hang Tuah bukanlah ditulis oleh Orang Kita tetapi Si Sialan Raffle. Raffle telah meminda sejarah dan fakta kehebatan Melayu kerana bimbang anak cucu Melayu akan datang mengetahui rahsia kehebatan Melayu ini.

Sejarah dunia mengatakan Ferdinand Megalan adalah orang pertama yang mengelilingi dunia, sedangkan beliau hanya duduk di atas kapal dan yang menjadi kelasi kapal tersebut adalahPanglima Awang Hitam atau lebih dikenali sebagai Henry The Black / Enrique de Malaccadan Ferdinan Megalan sendiri dibunuh di Filipina oleh Panglima Awang bersama pahlawan Melayu Filipina iaitu Si Lopu Lopu, seterusnya Panglima Awang meneruskan misi pengembaraannya dan selamat sampai di Sepanyol. Maka sempurnalah misi Panglima Awang sebagai orang pertama yang mengelilingidunia dan bukanlah Megalan. Atas kejayaan itu Panglima Awang diangkat menjadi Gabenor di sana dan menamakan satu wilayah di sana dengan nama Malacca.

Dalam buku teks sekolah, pahlawan-pahlawan dan pejuang-pejuang Melayu dikatakan pemberontak dan pembelot, sedangkan sialan penjajah dikatakan hero. Buku lebih mengagung-agungkan nama-nama Barat daripada pejuang kita, sedangkan Orang Kita sudah lama mencapai taraf kemajuan teknologi. sebagai contoh lain, Bahtera Nabi Nuh yang tersadai di Gunung Ararat itu yang berusia lebih 8000 tahun itu adalah dicipta oleh Orang Melayukerana apa? kerana ketika pengkaji barat memasuki Bahtera tersebet mereka telah menjumpai struktur binaan kapal yang bersenikan keMelayuan dan apa yang lebih memeranjatkan, mereka menjumpai banyak artifak Melayu di dalamnya seperti Madu Tualang yang mana madu ini hanya boleh didapati dari Tanah Melayu sahaja.

Ini bermakna, Orang Melayu kita sudah lama mencapai taraf kemajuan teknologi. Dengan kemajuan yang kita capai ini serta kesatuan yang kita bawa ini, nescaya musuh kita semua tidak akan senang melihat kita semua dan mereka sendiri bakal tumpas ditangan kita semua. Oleh itu, perjuangan Melayu perlu diteruskan oleh seluruh bangsa Melayu kerana Perjuangan Bangsa Melayu ini sama seperti Perjuangan Islam kerana Melayu itu beragama Islam. Kita semualah Tentera Panji-panji Hitam dari Timur yang bakal bangkit untuk meneruskan syiar ini.

Pertemuan dengan seorang pejuang Melayu ini aku anggap sebagai satu RAHMAT untuk meberi kesedaran kepada seluruh ummat tentang apakah yang sebenar-benarnya yang di katakan Bangsa Mim, Bani Ta Mim iaitu Tanah Melayu.



Benar kata ayah, kehebatan MELAYU itu terletak pada kalimahnya itu. Sama-samalah kita rungkai segala isi tersurat dan tersirat di sebalik kalimah ملايو

Pertemuan Antara 2 Zainal
(Zainal Al-Johan .. Zainal As-Salleh)

Rasulullah S.A.W pernah menepuk belakangSalman Al-Farisi dan mengatakan bahawa"keturunan inilah yang akan menjadi tentera aku pada akhir zaman ini."

Kita bangsa Melayu merupakan keturunan Parsi, Nabi Allah Iskandar Zulkarnain merupakan moyang kita dan sesungguhnya keturunan Melayu ini berasal daripada golongan yang terbaik.

Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul terbaik, Islam adalah agama terbaik. Melayu adalah bangsa terbaik.

Rasulullah S.A.W bersabda "AL-MAHDI akan dat
ang setelah muncul pasukan PANJI-PANJI HITAM dari sebelah TIMUR yang mana PASUKAN ITU SELALU MENANG dan TIDAK PERNAH KALAH dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah)

Saturday, 11 June 2011

Tengkolok

Seluar intan dikarang
Karangan Husin dengan Hasaan
Tidak dapat zaman sekarang
Nantikan angin bergilir musim
Bajunya baldu tengkolok kuning
Selembang kian Bugis Kemabayat
kerisnya Jalak Jantan
berkerawang di pangkalnya
Dihujung Subhanaallah
Tengkolok Kampuh Pelangi
Bukan pelangi zaman ini
Tiap sudut ada hikmat
Tiap sudut ada azimat

:Hikayat Malim Deman:

Tengkolok Alang
Bentuk destar ini diambil daripada contoh yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdul Samad, Selangor. Baginda dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri.