Wednesday, 12 October 2011

T-shirt Kembara Bani Ta Mim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, hamba kini dapat menghasilkan satu lagi produk terbaru untuk Toko Alam Maya Saudagar Tekua iaitu T-Shirt Hitam Kembara Bani Ta Mim.

Tujuan hamba menghasilkan baju ini adalah untuk memberi sentuhan semangat secara zahir serta memberi pengenalan kepada orang ramai apakah yang tersirat di sebalik perkataan Bani Ta Mim.

Kebangkitan Pemuda Bani Ta Mim seperti mana yang pernah hamba ceritakan sebelum ini adalah tidak jauh daripada kita semua.. Semakin hari semakin hampir dan semakin dekat dengan kemunculannya.

Daripada Ibnu Majah, Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tidak akan muncul al-mahadi sehingga bangkitnya Pasukan Panji-panji Hitam Dari Timur yang mana pasukan ini tidak pernah tewas dengan mana-mana pasukan sekali pun."

Secara ringkasnya, hamba kupaskan yang tersirat di sebalik perkataan Bani Ta Mim.

Bani = Keturunan
Ta = huruf Ta yang membawa maksud Tanah / Tentera
Mim = huruf Mim yang membawa maksud Melayu / Mahadi

Bani Tamim = Keturunan Tanah Melayu / Keturunan Tentera Mahadi

yakinlah dengan jaminan yang Rasulullah berikan kepada Bangsa Melayu ini seperti mana pernah Rasulullah SAW menepuk di belakang Salman Al-Farisi dan berkata "keturunan inilah yang bakal menegakkan panji-panjiku di akhir zaman."

Sesungguhnya Melayu itu berasal daripada bangsa Parsi seperti yang pernah hamba ceritakan sebelum ini.

Buat anak bangsaku sekalian, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan daripada kalangan bangsa Melayu yang terkenal dengan ketinggian sahsiah budaya dan adab kesopanan berbahasanya. Dada Melayu itu 7 hasta luasnya. itulah kata-kata yang besar makna tersiratnya untuk kita rungkaikan. "Kalau menuntut biarlah sampai penuh ilmu di dada." 7 hasta itu sama ertinya ketinggian 7 martabat nafsunya, 7 petala langit merujuk kepada ketinggian ketamadunannya, dan 7 lautan yang merujuk kepada betapa luasnya keilmuan yang diwarisi oleh bangsa Melayu.

Bersyukurlah dan bertekadlah untuk menjadi Melayu yang sejati yang selaras dengan tuntutan beragamanya.

Moga-moga dengan penghasilan Baju Kembara Bani Ta Mim ini bakal membuka mata semua anak Melayu yang sudah lama tersasar jauh dan menjadi tanda tanya tentang kerahsiaannya.


HARGA : RM 30.00
SAIZ : S, M, L, XL, XXL, XXL
WARNA : Hitam

KEPADA YANG BERMINAT, SILA BUAT TEMPAHAN SEMENTARA KOLEKSI TERHAD INI MASIH ADA.

Sila depositkan RM 30.00 ke akaun,

MAYBANK - 112269110341
MOHD FAIZEE AZWAR

selepas bank in, sms butiran :
<nama><RM><cawangan bank><masa&tarikh><saiz><alamat> ke 0173465426

tambahan RM10 untuk penghantaran

3 comments:

  1. tuan.masih ada lg ke tsirt kembara bani ta mim?

    ReplyDelete
  2. Tamim didalam Bahasa arab bermaksud “Kekuatan” . Pokok pangkal keluarga Bani tamim adalah seperti berikut: Tamim bin Mowr bin Ed bin Amr bin Elia bin mudar bin Nizar bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim . Pendahulu Bani Tamim iaitu Tamim bin Mowr hidup pada abad pertama masehi dan beliau bertemu dan mengikut pengikut Nabi Isa a.s.
    Bani Tamim adalah salah satu kabilah yang terpenting dan terbesar di tanah Arab pada masa kini. Oleh itu keturunan Bani Tamim dapat di temui diseluruh Jazirah Arab dan juga sedikit di Afrika Utara.
    Sebahagian dari suku Tamim telah berhijrah ke UAE, Iran, Iraq, Kuwait, Oman dan Qater serta persekitaran jazirah Arab. Mereka dipanggil "Temim", "Tamim" atau "Tamimy".
    Tokoh2 dari keturunan Bani Tamim :
    1. Talhah sahabat Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
    2. Khabbab ibn al-Aratt - Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
    3. Ahnaf bin Qais sahabat Umar ibn al-Khattab
    4. Jarir seorang penyair Arab klasik.
    5. Al-Farazdaq - penyair Arab klasik
    6. Hurr bin Yazid Tamimi - sahabat Imam Hussain.
    7. Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703-1792 ) (gerakan membasmi syirik dan bidaah)
    8. Abd-Allah ibn Ibadh - pengasas mazhab Ibadi
    9. Talib al-Suhail (d. 1994 TM) - pemimpin puak Iraq
    10. Ibn 'Uthaymīn (d. 2001 TM) - ulama Islam Arab
    11. Al Thani - dinasti pemerintah Qatar
    12. Bahrain Al Khater - keluarga diraja timur tengah berdasarkan terutamanya di Qatar , Arab Saudi , dan Bahrain
    13. Al Said - dinasti pemerintah Kesultanan Oman
    14. Aal Al-Sheikh - dinasti yang memerintah Arab Saudi
    15 Mufti Shaikh Awadh Alhami pemimpin keluarga الهامي, tokoh sejarah di Jordan

    Menafsirkan Tamim sebagai huruf ta dan huruf mim adalah perlakuan orang2 yang sangat tidak bertanggungjawab bahkan memberikan maksud ta sebagai tanah dan mim sebagai melayu lebih menampakkan kejahilan dan ghuluw bahkan ia sama sekali tidak dapat diterima dalam etika penafsiran dan nahu bahasa arab. Kalau TM boleh kita terima sebagai telekom malaysia...Tamim adalah perkataan yang bermaksud penguat atau kekuatan. Ia bukan gabungan huruf ta dan mim tapi ia di eja ta,mim ya mim.
    Wallahu a'lam

    http://www.iraqinews.com/baghdad-politics/bani-tamim-tribe-to-be-ready-to-defend-itself-if-security-forces-fail-to-protect-its-people-says-tamimi/#axzz2o09sAibw

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn, t shirt ni Tn msih ada jual lagi ke?

    ReplyDelete