Sunday 30 October 2011

Tempahan Sepersalinan Tekua

Kepada pesilat-pesilat, pasukan kompang, penari warisan, pencinta busana tradisi Melayu dan lain-lain, tuan hamba bolehlah menghubungi hamba kiranya tuan hamba berminat untuk memiliki sepersalinan Melayu lengkap zaman kesultanan Melayu Melaka ini yang diberi gelaran TEKUA.

Alangkah segak dan manis rupanya kiranya jejaka-jejaka Melayu mengenakan busana warisan Melayu ini ketika majlis-majlis beradat, majlis perkahwinan, majlis persilatan dan warisan. Lengkap mengenakan Tengkolok di kepala, bersampin dan berbengkung songket, berseluar mengan yang bersulamkan songket di kaki seluarnya serta mengenakan Tekua di badan yang juga diperbuat daripada songket yang melambangkan betapa tingginya tamadun budayya yang telah dicapai oleh bangsa kita sejak beratus tahun yang lalu.

Hamba sedia memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pencinta busana warisan Melayu ini dalam menjulang kembali seni dan budaya Melayu.

Kiranya tuan hamba berminat untuk memiliki sepasang busana Tekua ini, bolehlah menghubungi hamba samada melalui telefon ataupun laman sosial FaceBook.




Tempahan SET BUSANA TRADISIONAL SONGKET MELAYU : TEKUA

Tengkolok + Baju Kutang + Bengkung + Sampin + Seluar Mengan

= RM 450.00

[Harga tidak termasuk kos penghantaran]

PERCUMA UNCANG SONGKET  [muat untuk keris, dll]

Hubungi :
0173465426 - Faizee

Kepada yang benar-benar berminat, tuan hamba perlu membayar wang pendahuluan RM 300.00 atau penuh sebagai tanda jadi ke akaun :

MAYBANK - 112269110341
Mohd Faizee Azwar

























 

 

1 comment: