Sukatan Saiz


Assalamualaikum . Salam Juang Kasih hamba sembahkan pada sekalian pengunjung Toko Saudagar Tekua. 

Ramai yang menghubungi hamba dan bertanyakan berkenaan saiz Sepersalinan Set Tekua. Ingin hamba maklumkan di sini, buat masa ini, hamba tidak menyediakan stok sedia ada dan tiada saiz yang tetap kerana hamba hanya akan mengeluarkan tempahan mengikut permintaan. Berkenaan dengan saiz / sukatan saiz, di sini hamba sediakan panduan untuk kalian semua bagaimana untuk menyukat saiz Tekua sebelum membuat tempahan.

SUKATAN A
SUKATAN A ini adalah untuk menyukat ukuran lebar bahu kalian (untuk Tekua & Baju).
Letakkan pita pengukur pada hujung bahu kanan ke kiri, dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN B
SUKATAN B adalah untuk menyukat ukuran lilit dada kalian (untuk Tekua & Baju).
Lilitkan pita pengukur di keliling dada dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN C
SUKATAN C adalah untuk menyukat ukuran pinggang Seluar Mengan.
Lilitkan pita pengukur di keliling pinggang anda dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN D
SUKATAN D adalah untuk menyukat ukuran labuh Tekua.
Letakkan hujung pita pengukur daripada tengkuk (bahagian kolar) tarik hingga ke hujung Sulbi (Tulang Pinggul). Sebaiknya ukuran ini disukat dalam keadaan duduk bersila dan tegakkan badan anda serta sukatkan dari tengkuk hingga ke lantai dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI).


SUKATAN E
SUKATAN E adalah untuk menyukat labuh Baju.
Letakkan pita pengukur di tengkuk dan tarik hingga ke bawah punggung dan bacakan ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN F
SUKATAN F adalah untuk menyukat labuh lengan Tekua.
Letakkan pita pengukur dari hujung bahu hingga ke bawah siku (3/4 lengan atau sejengkal dari pergelangan tangan) dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SUKATAN G
SUKATAN G adalah untuk menyukat labuh Seluar Mengan.
Tarik pita pengukur dari pinggang hingga ke buku lali ATAU sejengkal daripada buku lali dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


SETERUSNYA
SMS <nama><sukatan ukuran> ke 0173465426

contoh :
RADEN DAMAK A18 B36 C33 D24 E27 F15 G38